Hello! :)
Sepertimana title di atas, family aku dapat dua ekor anak kucing dari kawan mama, Aunty Rafidah. Kami ni tak pernah pon bela kucing sebab abah tak bagi. Tambah dia ada resdung dan takut bulu2 ni tak elok untuk environment dalam rumah. Ini pun bela sebab abah rasa kucing ni terapi yang baik untuk Iman yang dah habiskan sisa-sisa hidup dia 10 tahun dengan iPad. Sebabkan effect iPad dan segala jenis device ni dah merosakkan focus dan sifat belas kasihan dalam diri dia. (Hahaha amboi over pulak) Bukan lah tak ada cuma dia punya aktiviti tu kurang sangat. Jadi abah cadangkan bela kucing ni la. Kalau ada sedara yang masih budak2 macam Iman ni, sila la pantau betul2. Nanti end-up depa ni ganaih macam terbeii pahtu tak reti sabar.
Kami ambil kucing Nov 2016, masa tu aku dua hari sebelum habis cuti midsem tak silap dan baru balik dari Cameron Highland, gathering family SuAdnan kat sana. Sekejap ja la nak main dengan dua ekor ni. Nama pulak, sekor Pekan sekor lagi Biskut. Mai kita tengok depa masa kecik baru pi ambil.
Hehe comel kan ? Teka yang mana Pekan dan yang mana Biskot.... Depa nak masuk 4 months dah nanti 5hb ni huwaaaa kejap ja masa berlalu. Dulu dua hari ja main dengan depa ni tak sempat nak bonding sangat pon. Aku balik hujung Dec tu tengok2 dah besarrrrrrr....Okay tengok yang latest punya ni pulak
Ini Pekan. John Pekan.
Ini Biskot, Neo Biskot.
Dua2 ni adik beradik. Aunty Rafidah tu nak bagi ja takmau jual sebab dia dah banyak kucing hahaha. Dia suruh ambil yang ada stoking satu dan putih satu. Semua 5 ekor kucing dia beranak. 3 kelabu 2 putih. Tapi kelabu yang lain tu tak sama macam Pekan, tak berapa stoking dan bulu depa macam rimau. Disebabkan Aunty rasa macam common dah, so depa suruh ambil Pekan. Rare stoking cam Pekan. Nama Pekan mama yang bagi hahaha klasik betul. Biskot pulak Iman yang bagi. Kami ni dah la tak pernah bela, sekali ambil dua terus hehe. Abah still having problem nak adapt dengan environment ada kucing ni so it's kind of tough juga. But we'll try to jaga baik2 la. Ya la the smells, the cakar2 sofa and kacau barang2 menguji kesabaran jugak. Kadang dia kata kalau tak jaga elok2 hantar balik rumah Aunty. But I hope that's just a warning until bila-bila hihi !
No comments:
Post a Comment